Tuesday 26 February 2013

Aurat wanita

salah satu aurat wanita :
 i) Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
secantik mana pun mata seseorang itu, hendaklah menundukkan pandangannya. ;)

Saturday 23 February 2013

bahasa langit

persahabatan

Raut wajah inilah yang akan aku rindu, bila suatu hari  kita terpisah jauh. Mereka inilah yang menjadi susah senang bersama aku, menjadi pendengar setia, sabar dalam melayan kerenah aku. Perkenalan dengan mereka merasa aku paling bertuah dekat dunia ini.

Gelak tawa mereka,gurauan,senyuman mereka yang akan membuatkan aku terpikir, dapat ke kita berkumpul seperti ini lagi?

Seorang insan yang sanggup bersabar melayan kerenah aku,banyak menolong aku,ada time masa susah senang,dan paling aku sedar, aku dah banyak menyusahkan dia selama perkenalan kami. Bersyukur Allah pertemukan kami dan aku sangat menghargai persahabatan ini. Tapi, jika betul ape yang aku rasa ini, orang inilah terpakse aku lupakan, dan aku x tau sama ada untuk sementara atau selamanya. Semua ini aku berserah segala2nya pada-Nya. Insyaallah, jika diizinkan oleh-Nya, Allah akan gerakkan hati kita untuk berjumpe.

Dalam DekapanNya
Ukhuwah kita terjalin
Dalam MahabbahNya
Kita mengenal sebuah makna persaudaraan

Tahun telah berlalu kawan
Kini tak kudapati lagi dirimu disini
Tapi Ingatan itu masih ada disini
Tertinggal di sudut yang bernama kenangan



LANGIT BIRU

SURAH AL KAUTHAR. (sungai di syurga)

penenang hati
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat  dan diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat  daripada batu  permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Fadhilat membaca surah Al-Kauthar

  • Barang siapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

  • Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

  • Barang siapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.

  • Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.

Kebaikan
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan

Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.

final year

JIKA KAU TIADA (FEAT ERRA DAN YUSRY)


Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Sehingga muncul
Menjelma rassa saying kepadamu
Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana
Hidup jika kau tiada
Jika kau tiada pada siapa
Kan kudendang syair cinta
Dan dakapan mana
Harus ku bersandar
Meraih kasih yang ku perlu
Jika kau tiada wajah siapa
Harus ku tenung bila
Mencari ketenangan
Arakian suara siapa
Kan membisikkan kata2 cinta
Tak tersusunnya kata
Azimat kau bawa
Pastinya ku kan
Sengsara oh jika kau tiada