Sunday 23 February 2014

3 Month

Selalu orang kata "lupakan yang lepas,dan memaafkan"!!! Yes..selama 3 bulan juga la mengambil masa untuk melupakan segala yang terjadi. Semasa ini juga la berusaha mencari kekuatan untuk bangun semula,kenal diri sendiri,cari kehidupan baru,dan ianya amat susah. dan x ada benda yg susah melainkan kite berusaha untuk menjadikan ianya senang.

Allah jauhkan kita dari seorang Teman,tp ia berikan aku ramai kawan2,dan sahabat2 yg tidak putus2 berikan kekuatan,kata-kata semangat,dan ia menyedarkan tentang KEIKHLASAN dalam melepaskan sesuatu perkara. Bila kita mengikhlaskn sesuatu perkara,kita akan peroleh ketenangan dan kelapangan dada yang selama ini kite x pernah dapat. Alhamdulilah,,semua itu telah aku peroleh,DIAlah yang sentiasa memberi kekuatan,sentiasa mendengar rintihan hati,sentiasa ada dikala susah dan senang,dan x pernah meninggalkan kita.. Subhanallah,Alhamdulilah,Lailahaillallah,Allahuakhbar!!!!


Ketika dalam pencarian semangat baru,dtg "dia" menghulur tangan. Kata-katanya boleh membina sebuah harapan,dan (belum pasti). Setiap hari dia ada meneman ketika memerlukan seorang teman untuk mengisi kesunyian. Ya Allah,dugaan ape lagi ini. adakah perasaan yang sama akan berulang kembali,atau perkara sama terjadi untuk kali ke-2? Berilah pentunjuk tentang perasaan ini,cukup lah hanya sekali ia terjadi. Jika rasa ini tidak halal untuk ku,jauhkanlah..dan jika rasa ini adalah yg terbaik dari mu,dan terbaik untuk masa depan ku,kekalkanlah dan permudahkan lah segalanya.

Tapi makin lama makin tidak paham dengan rasa ini,dan jika perasaan ini akan membuatkan ramai yg berkecil hati mungkin. "kau mengambil Hatiku" dan rasa ini juga terpaksa aku lepaskan buat kali kedua,demi sebuah persahabatan. #Cintailah DIA terlebih dahulu,sebelum memberi cinta pada orang,Cinta DIA yang kekal abadi"

~~Tuhan berikanlah aku cinta~~
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

kubertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta



picture can speak













                                                        #It's not Easy but It's very crazy

Rezeki dari-Nya

Thank you God,ini hadiah untuk meraka yang banyak berjasa,semoga ini adalah hikmah atas segala yang terjadi sebelum ini..Dia lebih Mengetahui dari ape kita ketahui. =D

About 31.12.2013


Penutup tirai 2013 dan dia pn selamat dilahirkan..Happy Birthdy My Love..Nurul Syafinaz Salleh. <3

Sunday 17 November 2013

Langit Biru

Pengakhiran sebuah penantian yang amat memberi kesan pada hati. Hanya diri ini yang memahami rasa ini. First pertemuan semasa dalam pengajian sem 2, masing2 tidak mengenal antara satu sama lain. Aku melihat seorang teman yang sendiri di hujung sana mencari teman, dan dengan rela hati aku hulur tangan sebagai titik permulaan perkenalan.

Sejak itu,mula persahabatan kami. Betul kata orang Allah sebaik2 perancang,kita mula rapat selama 3 sem,dan kemudian DIA tarik seorang "teman" yang tanpa aku sedar ada perasaan lain datang...Allah anugerahkan rasa itu tanpa aku minta,tanpa aku duga..malangnya,rasa itu hanya pinjaman sahaja,makin lama makin aku kehilangan  "teman" itu,makin lama makin jauh. Ya Allah aku rindukan seorang "teman" itu...Rindukan kami yg dulu,kami yg selalu kongi masalah,selalu ada time susah senang,makan sama2,jalan sama2,saling memerlukan antara satu sama lain.
Sesungguhnye aku x tahu mana salah aku, dah cukup segala pengorbanan aku buat untuk "teman" itu,tanpa mengira penat masa,pasti akan ditunaikan juga. Kadang2 terasa diri seperti robot ikut sajanye ckp,tp itulah aku,aku x ada alasan kenapa boleh jd macam tu.

Pendam..!!! yes, selama itu juga la memendam rasa,tidak ada seorang pun tahu perasaan ini,hanya kawan2 yang betul2 mengenali diri ini,tahu perasaan aku. Bak kata kawan sorang nie " tingkah laku,cara kau,ape kau buat dah cukup nampak perasaan kau pada dia,kite orang semua tahu "...hanya senyuman yang mampu aku balas. dan aku tahu "tuan punye" bdan sehingga kini x tahu. 

Luahan..!! perasaan mula terluah masa akhir semester dengan seorang kawan aku luahkan. Segala rasa selama ini aku pendam dah terluah,dan tidak semena2 air mata turut jatuh menitis. Sesungguhnye masa itu hanya Allah sahaja tahu keikhlasan diri ini dengan perasaan itu.

Sejak luahan itu,banyak dugaan datang..Jujur,terlalu berat hati ini nak melalui semua ujian ini. Makin lama,makin aku lemah dengan semua dugaan ini, hilang semangat diri, malah hati sentiasa merintih minta diberi kekuatan. Setiap kali dalam sujud,aku memohon moga Allah beri petunjuk tentang semua perasaan ini,dan minta beri jalan untuk keluar dengan semua dugaan ini. Makin kita dekat diri dengan-Nya,makin banyak petunjuk yang kita dapat,makin jelas dengan ape keputusan kita buat itu betul. DIA sentiasa berada dengan kita, DIA lah maha mendengar segala cerita kita,sentiasa ada dengan kita masa susah mahu pun senang. Dugaan yang datang ini membuatkan aku semakin kuat untuk maju ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.

TEMAN

Wahai "teman" jika suatu hari nanti aku x ada lagi di "sini",,dan ketika itu kau tahu perasaan ini,anggap lah itu semua hanya guruan dalam persahabatan kita. Sesungguhnya,hanya DIA tahu sayang ini,kesedihan kau,kesedihan aku,kebahagian kau kebahagian aku,..cukup lah aku dapat melihat kebahagian kau,senyuman kau dari jauh,itu dah cukup tenangkan hati ini. "Teman" x ada apa yang tinggal antara kita,hanya seribu kenangan yang akan aku simpan hingga akhir hayat aku. Terima kasih dengan persahabtan ini,cukup mengajar aku erti sebuah pengorbanan. Aku mintak maaf selama perkenalan kita ada perbuatan,percakapan aku dah menyakitkan hati kau. Maafkanlah diri ini,seorang kawan yang belum cukup sempurna untuk menjadi yang terbaik untuk kau.

Ya Allah, hanya pada Mu aku memohon,KAU berikan lah kebahagian padanya di dunia mahupun di akhirat, KAU permudahkanlah segala urusannya, dan pada Mu aku merayu,jaga kanlah dia di kala aku jauh, sesungguhnya aku ikhlas menyayanginya hingga akhir hayat ini. AMin..

*tepuk sebelah tangan*


Thursday 31 October 2013

penulis vs gerbera


Penulis mengaitkan bunga ini sebagai sebahagian dalam kehidupannya yang sangat mendalam dan susah untuk difahami. Bunga ini sebagai sebuah perhubungan a.k.a "persahabatan" yang sudah lama terjalin. Setiap kelopak itu memberi maksua terlalu banyak kenangan manis pahit,susah senang bersama rakan2. Jika dijaga baik, Insyaallah, kelopak itu tidak akan terputus.


Gerbera flower <3 : Semoga Ukhuwah ini kekal until Jannah..Insyaallah. =D

Wednesday 30 October 2013

Maha Melihat

Ya Allah,Engkaulah yang sentiasa berada di samping ku

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata