Sunday 17 November 2013

Langit Biru

Pengakhiran sebuah penantian yang amat memberi kesan pada hati. Hanya diri ini yang memahami rasa ini. First pertemuan semasa dalam pengajian sem 2, masing2 tidak mengenal antara satu sama lain. Aku melihat seorang teman yang sendiri di hujung sana mencari teman, dan dengan rela hati aku hulur tangan sebagai titik permulaan perkenalan.

Sejak itu,mula persahabatan kami. Betul kata orang Allah sebaik2 perancang,kita mula rapat selama 3 sem,dan kemudian DIA tarik seorang "teman" yang tanpa aku sedar ada perasaan lain datang...Allah anugerahkan rasa itu tanpa aku minta,tanpa aku duga..malangnya,rasa itu hanya pinjaman sahaja,makin lama makin aku kehilangan  "teman" itu,makin lama makin jauh. Ya Allah aku rindukan seorang "teman" itu...Rindukan kami yg dulu,kami yg selalu kongi masalah,selalu ada time susah senang,makan sama2,jalan sama2,saling memerlukan antara satu sama lain.
Sesungguhnye aku x tahu mana salah aku, dah cukup segala pengorbanan aku buat untuk "teman" itu,tanpa mengira penat masa,pasti akan ditunaikan juga. Kadang2 terasa diri seperti robot ikut sajanye ckp,tp itulah aku,aku x ada alasan kenapa boleh jd macam tu.

Pendam..!!! yes, selama itu juga la memendam rasa,tidak ada seorang pun tahu perasaan ini,hanya kawan2 yang betul2 mengenali diri ini,tahu perasaan aku. Bak kata kawan sorang nie " tingkah laku,cara kau,ape kau buat dah cukup nampak perasaan kau pada dia,kite orang semua tahu "...hanya senyuman yang mampu aku balas. dan aku tahu "tuan punye" bdan sehingga kini x tahu. 

Luahan..!! perasaan mula terluah masa akhir semester dengan seorang kawan aku luahkan. Segala rasa selama ini aku pendam dah terluah,dan tidak semena2 air mata turut jatuh menitis. Sesungguhnye masa itu hanya Allah sahaja tahu keikhlasan diri ini dengan perasaan itu.

Sejak luahan itu,banyak dugaan datang..Jujur,terlalu berat hati ini nak melalui semua ujian ini. Makin lama,makin aku lemah dengan semua dugaan ini, hilang semangat diri, malah hati sentiasa merintih minta diberi kekuatan. Setiap kali dalam sujud,aku memohon moga Allah beri petunjuk tentang semua perasaan ini,dan minta beri jalan untuk keluar dengan semua dugaan ini. Makin kita dekat diri dengan-Nya,makin banyak petunjuk yang kita dapat,makin jelas dengan ape keputusan kita buat itu betul. DIA sentiasa berada dengan kita, DIA lah maha mendengar segala cerita kita,sentiasa ada dengan kita masa susah mahu pun senang. Dugaan yang datang ini membuatkan aku semakin kuat untuk maju ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.

TEMAN

Wahai "teman" jika suatu hari nanti aku x ada lagi di "sini",,dan ketika itu kau tahu perasaan ini,anggap lah itu semua hanya guruan dalam persahabatan kita. Sesungguhnya,hanya DIA tahu sayang ini,kesedihan kau,kesedihan aku,kebahagian kau kebahagian aku,..cukup lah aku dapat melihat kebahagian kau,senyuman kau dari jauh,itu dah cukup tenangkan hati ini. "Teman" x ada apa yang tinggal antara kita,hanya seribu kenangan yang akan aku simpan hingga akhir hayat aku. Terima kasih dengan persahabtan ini,cukup mengajar aku erti sebuah pengorbanan. Aku mintak maaf selama perkenalan kita ada perbuatan,percakapan aku dah menyakitkan hati kau. Maafkanlah diri ini,seorang kawan yang belum cukup sempurna untuk menjadi yang terbaik untuk kau.

Ya Allah, hanya pada Mu aku memohon,KAU berikan lah kebahagian padanya di dunia mahupun di akhirat, KAU permudahkanlah segala urusannya, dan pada Mu aku merayu,jaga kanlah dia di kala aku jauh, sesungguhnya aku ikhlas menyayanginya hingga akhir hayat ini. AMin..

*tepuk sebelah tangan*


No comments:

Post a Comment